~SePi~

>> Monday, January 31, 2011

Kesejukan....
hujan masih mencurah2...tiada tanda2 seperti akan berhenti...
Aku kesejukan.....hujan diluar begitu lebat seperti hujan di dalam hati...

Mata masih lagi terkebil2...sukar utk tidur......
masih tercari2 ruang utk memperbaiki kesilapan diri....
andai diri ini bnyk melakukan kesilapan, sejuta kemaafan yg aku pohon...

Sunyinya pagi ini...
aku kesepian.......

Read more...

2011

>> Saturday, January 8, 2011

1st entry utk tahun 2011 setelah lama menyepi........

tahun baru, azam baru, semanagat baru........

sudah setahun lebih jadik houseman, lambat laun aku akan bergelar medical officer.
tp kat mana bakal aku ditempatkan?
adakah masih di HSI atau bakal ditempatkan di district hospital?
jika di HSI di jabatan manakah bakal aku ditempatkan?
adakah aku diberi peluang utk memilih di jabatan mana yg aku mahu ditempatkan?
adakah jabatan tersebut dpt menerima M.O baru?
banyak sungguh persoalan....

kalau boleh aku nak stay di HSI...
surgery, anaesth and O&G antara discipline yg aku minat wat ketika ini...
ilmu masih lagi cetek..adakah aku mampu utk memegang tangungjawab sbg M.O..
risaunya...tkut diri ini x mmpu menanggungnya...

apa pun..habiskan dulu HOUSEMANSHIP..hehehe

-------------------------------------------------------------------------
dia kini sedang menjalani praktikal di SK Sri Skudai..harap2 aku dapat stay di HSI dan dia terus bekerja di skudai atau ditempatkan di sekolah yg lebih dekat...
kini dia sibuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru...
satu tanggungjawab yg sangat besar dan memerlukan kecekalan, kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak bangsa utk menjadi orang yg berguna...
pernah menjadi cita2 aku dahulu utk menjadi seorang guru tapi x kesampaian...
semoga dia dapat menjalankan tugasnya dengan baik...

aku berharap agar aku dapat menjadi pembekal semangat dan pemberi dorongan kepadanya...
aku tau cita2 dia untuk sambung belajar...semoga cita2 dia tercapai dan dia mampu untuk mencapai cita citanya utk bergelar Profesor Emmiritus......I always pray for our success...

miss u a lot (hehehe tejiwang plak...)

Read more...

Hari2 RiNdu Sama Kamu

>> Friday, August 13, 2010


sweetkan msg ni...


gambar masa tunang...


doakan hubungan kami di rahmati Allah....

Read more...

NotHing

Hmm lama gak x menulis kat blog ni..last tulis masa awal2 houseman..skang ni dah 4th posting,dh kena wat MO call plak tu..fuiyoo pnt bngt..nasaib baik ada teman yg sgt memahami..teman yg selalu bg kata2 semangat sewaktu aku x larat atau nk give up..tq my dear aishah lokman..

skang ni dh bulan puasa...nxt month dh nk raya..hopefully dpt cuti raya..lucu btol dpt housemate ngan fadhli n hashim,kitorang sebok nk jadik buffet hunter..korang mmg best..

hmm dh lama x kluar bergambar sejak dia kt maktab..kamera dh nk berkulat dah..hehe,,

chow dulu lh..nk g beli mknn buka (nk try buffet steamboat dpn umah)

Read more...

9/8/09

>> Monday, August 10, 2009

diam x diam, dah sebulan gak aku kerja..dlm sebulan ni dah mcm2 yg aku lalui..ada yg gembira dan ada yg sedih...letih sebenarnya jd Dr ni...title Dr mcm gah,tp apa lah yg ada pd nama..nasib baik ada family and paksu sekeluarga yg dpt mengubat segala duka dan keletihan...x lupa gak kt teman2 yg sentiasa memberi semangat dan dorongan utk aku terus bekerja dgn lebih gigih dan bersemangat..

9/8/09..family aku dtg melawat aku kat HSI..aku mmg tgh sakit...sakit yg digelar homesick..rasa rindu sgt kt my family..bila diorang smpai..seronok x terkata..mak siap bwk lauk favourite lg..adik aku akim bg P1 wimax kt aku..tu yg aku dpt tulis blog ni...

ok lah, mls nk tulis pjg2..nk rehat..bsk nk on call

Read more...

HoUsEmENShiP

>> Thursday, July 2, 2009

30 Jun 2009- sehari selepas BTN d kuala lipis, terus pergi mendaftar ke Jabatan kesihatan negeri Johor. Melapor diri Ke Hospital Sultan Ismail pada jam 4.30 ptg...hari yg sgt memenatkan.lpas lapor diri,ecah ngan ayu sempat dtg melawat..lpas maghrib,g rumah paksu nak tumpang basuh baju BTN aritu..mlm dlm kol sepuluh lebih,sukim ngan bass dtg HSI ajak g minum2 ngan bdk2 bac 11..lama gak berborak,sampai kol 1 lebih..sampai je kat hostel,terus tidur x sedarkan diri sampai bsk pagi.

1 Julai 2009- hadiri ICT course...course ni 2 hari..HSI ni guna sistem komputer sama mcm selayang..telepon teman2 seperjuangan yg melapor diri ke hospital masing2..kesian gak dgr cerita2 diorang.dtg dari jauh tp xde kuarters..kesian sgt..bersabarlah wahai teman2..ada hikmah di sebalik semua tu..rasa bersyukur dapat tempat yg selesa walaupon aku x mohon hospital ni..

semoga aku diberikan kekuatan iman,fizikal dan mental utk menempuh hari2 yg mendatang sebagai seorang HOUSEMAN..Amin........

Read more...

HalimaH JoNGang

>> Monday, June 8, 2009

halimah jongang...sebuah drma yg telah aku tonton semasa cuti ni..ia mengisahkan Ali berkawan baik dgn alimah yg jongang..alimah menyukai ali tetapi ali hanya menganggap alimah hnya sebagai kawan sahaja..Ali menyukai esah (anak mak dara) yg merupakan wanita cantik di kampung itu...tetapi 2 beranak itu sgtlah materialistik...ali sanggup bekerja keras utk meminang esah..alimah sbg teman yg setia sentiasa membantu dan memberi semangat kpd ali walaupon atinya terluka...

sewaktu keluarga ali hendak meminang esah,ali telah dtg membatalkan pinangan tersebut..atinya suka kepada alimah..tetapi sayang,alimah telah pergi membawa diri..setelah beberapa bulan kemudian,alimah pulang ke kampung..alimah bknlag lg si budak jongang..dia dah jadik cantik...ali ternganga melihat alimah..sedihnya..alimah dah bertunang...

kalo sape yg kebosanan tgk lah citer ni..best woo...lagu dia pon layan...


p/s-citer ni ada membawak maksudnya yg tersendiri...jgnlah kita menilai seseorang itu berdasarkan rupa luarannya...agama dan ati budi itu adalah lebih penting...

Read more...
013-6738504
zaim_ams@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP